Tuesday, February 8, 2011

permulaan bg peminat PHOTOGRAPHY !

mood : ok !
music : alejandro !




hey hye2..
nie tutorial yg dikate kan..
ini sebenarnyew asas2 photography lah..
pengenalan bagi dunie photography sebelum perjalanan yang lebih jauh !!
[bahasa ikowt tatabahasa lahh..sebab tutorial kan..nnt x faham plak..hehe]


Perkara-perkara yang perlu di pelajari di dalam dunia fotografi:

Komposisi Asas

Di dalam komposisi asas, ada beberapa perkara yang perlu di ketahui seperti
*teknik  framing,
*kedudukan  subjek  utama, 
*penjagaan  latarbelakang  supaya kemas  dan  menarik, 
*penggunaan  warna di  dalam  gambar, 
*konsep keseimbangan antara elemen dan juga lain-lain perkara berkaitan dengan
penceritaan sesebuah gambar.



Pemilihan lensa

Penggunaan lens yang betul akan mempengaruhi bagaimana rupa sesebuah gambar yang terhasil. Setiap
lens juga mempunyai tugas dan kualiti yang berlainan. Untuk mengambil gambar portrait, lens yang
sesuai adalah lens telefoto. Untuk tugasan fotojurnalisme, lens ultra wide banyak digunakan.


Penggunaan ISO

ISO merupakan kadar sensitivity sensor cahaya di dalam kamera. Ia hampir sama dengan ASA di dalam
dunia kamera filem. Kebanyakan kamera digital mempunyai ISO dari serendah 50 hingga 3200. DSLR
untuk professional boleh mencapai iso 6400 dan 25600.

ISO rendah, seperti 50, 100, 200, biasanya di gunakan dalam suasana yang terang dan mempunyai
pencahayaan yang cukup. ISO 400 ke atas biasanya di gunakan di dalam rumah atau pada waktu gelap.


*kira nya semakin tggi ISO,semakin cerah gmbr yang diambil pada waktu malam atau ditempat2 yang gelap !!

Teknik Digital Darkroom

Teknik digital darkroom adalah proses penyuntingan imej menggunakan perisian computer  seperti 
*photoshop,
*paint  shop  pro, 
*gimp..

Antara proses yang biasa di lakukan adalah
*mencerahkan gambar,
*cropping, dodging dan burning,
*sharpening,
*pembetulan contrast,
*pembetulan warna dan white balance,
*penyuntingan kesan-kesan khas dan sebagainya.


Retouching

Proses  retouching  adalah  proses  pengubahsuaian gambar  seperti=
*menghilangkan jerawat,
*membaikpulih gambar lama dan sebagainya.

Gambar Hitam Putih / Monochrome

Gambar hitam putih dapat dihasilkan terus dari sesetengah kamera atau dengan menggunakan teknik
digital darkroom. Proses ini amat mudah di dalam dunia digital


Filter

Terdapat beberapa filter yang diperlukan didalam dunia digital. Filter yang paling penting adalah
UV filter. Filter UV akan mengurangkan haze di dalam gambar dan boleh menjaga lens dari tercalar,
dimasuki debu, kelembapan dan juga kotoran. Filter yang penting lagi juga adalah Circular Polarizer
filter. Filter itu boleh  membantu  mendapatkan  langit  yang  biru  dan  boleh  menghilangkan
baying-bayang di dalam air.

Close-up filter boleh membantu mengurangkan jarak focusing dan membantu kita mengambil gambar
secara macro.



Focal Length / Bukaan pandangan

Focal length pada lens memberikan petunjuk kepada sudut bukaan sesebuah lens dan saiz gambar
relative kepada objek. Focal length biasa di tandakan di dalam millimeter atau mm.



Perisian pengurusan Imej (workflow)

Perisian pengurusan imej adalah seperti:
*Adobe Lightroom,
*PhaseOne CaptureOne,
*ACDSEE,
*Adobe Bridge,
*Microsoft Expression Media   2,
*DXO dan sebagainya.






SEKIAN !!

6 comments: